AISKRIM GORENG ASRAMA SENDU?
Hi, harini saya mahu share a very simple recipe yang boleh dibuat untuk student yang tinggal dalam asrama mahupun dirumah. Sangat simple dan sekejap saja mahu buat.
Saya nama kan recipe ini sebagai "Aiskrim Goreng Asrama Sendu" kerana di asrama, jarang sekali kita mempunyai fridge dan sendu... Dengan recipe ini, anda masih boleh merasakan nikmat aiskrim goreng yang sama cuma tanpa menggunakan aiskrim! Untuk kolej saya punya hostel, kami dibenarkan membawa rice cooker ataupun electric cooker. Fridge pun boleh bawak cuma ada extra charge dan fridge yang kecik pun mahal kan?
Tanpa melengahkan masa, mari kita mulakan.
Bahan-bahan yang anda perlukan adalah:
1. Roti
2. Coklat
3. Minyak masak yang mencukupi
4. Gelas ataupun apa-apa yang boleh membentuk bulatan.
5. Tisu (optional)
Cara-cara membuat:
1. Letakkan coklat di antara dua keping roti.
Saya guna coklat kegemaran saya iaitu mint chocolate and it's great. Tak muak.
2. Kemudian, tekapkan roti tersebut menggunakan gelas.
3. Masukkan ke dalam periuk/kuali dan pastikan minyak nya betul-betul panas, kerana jika tidak cukup panas, roti akan menyerap minyak dan kurang sedap.
4. Masakkan selama 10-15 saat, angkat dan lap kan permukaan roti dengan tisu.
5. Siap untuk dihidang! (Rujuk gambar atas)
Selamat mencuba dan menjamu selera~
Thank you and see you guys in the next post! <3
Salam sayang,
Your blogger friend,
Meng♥
Disclaimer: This is not a sponsored post.
Comments
Post a Comment