BAHASA SARAWAK : PART 1
Okay, first of all, sebelum meneruskan perjalanan yang lebih jauh, alangkah indahnya apabila kita belajar dahulu basic words yang dipakai oleh orang Sarawak dalam kehidupan sehari-hari mereka. Haha ceh dah boleh jadi pembaca berita dah.
Bright sky in Kuching, Sarawak! P/S: Yes we do have highway here. |
Kata ganti nama diri:
1. Saya = Kamek (Cara sebutan: Ka-Mey-k)/Aku
2. Awak = Kitak/Kau
3. Dia = Nya
4. Kalian = Kitak orang
5. Mereka = Sidaknya
Perkataan seharian:
1. Buat/Membuat = Polah/Molah
2. Bercakap = Kelaka
3. Beritahu = Padah/madah
4. Dahulu = Dolok/lok
5. Tadi = Tek/Tadik
6. Sebentar = Saba lok/Tunggu lok
7. Sekejap lagi = Kejap/jap gik
8. Sampai = Sampe (Cara sebutan: Sam-pey)
9. Sahaja = Jak
10. Lagi = Agik/gik
11. Ini = Tok
12. Mahu = Maok/Mok
13. Mana = Sine (Cara sebutan: Si-ney)
14. Nanti = Kelak
15. Terima kasih = Makseh
Kata arah:
1. Sana = Sinun
2. Sini = Sitok
3. Kiri kanan = Kerek (Cara sebutan: Key-reyk) kanan
Ayat untuk kegunaan seharian:
1. Apa khabar kau? = Pa khaba kau tek?
2. Kau buat apa tu? = Apa kau polah ya?
3. Apa kau cakap ni? = Apa dikelaka kau tok?
4. Kau nak pergi mana? = Kau nak pegi/gi sine?
Okay sampe sitok jak lah dolok, makseh!
Salam sayang,
Your blogger friend,
Meng♥
Disclaimer: This post is not a sponsored post.
Comments
Post a Comment